Berikut ini 31 tips tentang cara mencari jodoh serta ciri ciri kita berjodoh sama si dia :
1.
Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang
berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita
wajib berusaha. Doa, usaha yang Betul Dan bersungguh-sungguh disertai
dengan tawakkal, insyallah akan Menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti ?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua Orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, Bersedekah Dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan anda akan menarik sayang Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda Akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa Dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan Bakal pasangan anda.
10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa Bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih Sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini Secara berterusan hingga berjaya.
13.
Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak
salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk Berkenalan. Orang
lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan Walaupun
sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15.
Berkomunikasi dengan mesra Dan bersemangat menggunakan lidah, Mata, hati
Dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan
mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan Kepada minat Dan perasaannya.
Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri Sendiri.
17.
Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.
18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.
19.
Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih Ada perasaan Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan Dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian Lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki Janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan Dan kesilapan kecil yang Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal Pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan bahasa badan yang penuh Kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang Ada persamaan Dan Ada
perbezaan sifat, tindakan Dan minat. Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang Ada sikap Dan Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30.
Perempuan membentuk hubungan dengan berbual Dan bercakap. Lelaki Bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan, Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.
By :
Ria Eka R is My Friend